Saturday, August 25, 2007

David Copperfield datang MALAYSIA

DAVID COPPERFIELD datang MALAYSIA!

KUALA LUMPUR: DAVID COPPERFILED akan datang ke Malaysia dengan magic terbarunya pada 30 dan 31 Oktober nanti. Lelaki 51 tahun ini sudah aktif dalam dunia magic sejak berusia 12 tahun dan menjadikan dirinya ahli paling muda dalam kesatuan magic ketika itu.

"Hey, dia datang Malaysia? Dia perlukan pekerja sambilan tak?" kata Hantu Silap Mata yang berniat mahu mengetahui rahsia disiplin DAVID COPPERFIELD.

Persembahan akan berlansung di Stadium Negara dengan 2 slot setiap hari pada jam 5pm and 8.30pm. Maklumat lanjut, hubungi 03-7954 8414

HANTU SILAP MATA

Friday, August 10, 2007

I Love MadV



Hantu meminati MadV pada penghujung kariernya sebagai magician. MadV adalah magician misteri yang pernah menggegarkan dunia internet. Misteri dia pernah diutarakan di televisyen US. Kehilangan MadV menjadi tanda tanya, siapakah dia?

Hantu terpanggil membuat video yang menggunakan tajuk I Love MadV bagi 'memikat' Madv dan ia berjaya sekaligus membuktikan MadV masih hidup. Oh, untuk video ini, pertama kalinya Hantu dapat rate tertinngi dalam youtube, iaitu sebanyak 5 bintang! Tahniah!
KLIK INI untuk versi youtube

Wednesday, August 01, 2007

Ezad muncul di NTV7 september ini!

Sebelum ni ada disebut pasal Criss Angle, hari ini kita sebut pasal magician tempatan pula, Ezad. Dia dikenali sebagai Criss Angle Malaysia ketika Asia Magic Festival 2007 yang lalu oleh Henzi. Dia bukan asing di dunia magic tempatan. Student dari Sabah ini sudah biasa buat persembahan jalanan termasuklah di karnival Jom Heboh. Mamat ni mempunyai pesona yang menarik sebagai magician street magic.

mulai 6 september, jam 8.30 malam di NTV7, Ezad akan muncul setiap minggu dalam rancangan streer magicnya sendiri. Satu pesaing hebat buat Shahril Fuyoo Magic. Tahniah!

Mahu cek skill Ezad? klik ini
 

blogger templates | Make Money Online