Monday, December 17, 2007

Friday, December 14, 2007

menghilangkan diri sendiri



Criss angle dan David Copperfield tidak menggunakan teknik ini. Ingat! Ini bukan kamera trick! Ini adalah ilusi.

Wednesday, December 12, 2007

Hantu Silap Mata dedahkan identitinya?



Hantu Silap Mata membuat video ini dalam keadaan sedar.
Tiada alkohol! Tiada dadah! Dia memang dalam keadaan sedar.
Adakah ini pengakhir gimik Hantu Silap Mata?

Wednesday, December 05, 2007

My Short Life



Video ini didedikasikan kepada:

MrDoodyHead2

MadV
AngryAussie
YTwatchbag
YTwatchdog

dari alifstyle

Sunday, November 25, 2007

Friday, November 23, 2007

Hantu Silap Mata vs Hantu SIlap Mata (parody)



Ini adalah parody dari Hantu Silap Mata the movie akan datang.
Just enjoy! Oh ya! Saya Fake Magician. Not really magician. :)

.

Thursday, November 22, 2007

Justice League of Silap Mata!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dari kiri: Ezad, Shahril, Hantu Silap Mata, Ismail dan Zaidi.

Mereka semua magician, kecuali Hantu Silap Mata, dia adalah fake magician.

-lol!

Friday, November 16, 2007

Hantu Silap Mata the Movie: Coming Soon!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hantu Silap Mata akan muncul dalam satu cerita yang bakal diterbitkan penghujung bulan 12 ataupun awal 2008. Mahu maklumat detail, tunggu.... Terima kasih pada semua supporters.

-Hantu Silap Mata

Thursday, November 08, 2007

Hantu Silap Mata - Blood!



Remember! Remember! Remember!
Magik adalah hiburan sebelum wujudnya televisyen. Lebih awal daripada persembahan teater dan syair.
Remember! Remember! Remember!
Subscribe Hantu SIlap Mata di Youtube

.

Thursday, October 18, 2007

Hantu Silap Mata (sadman) - eat fist



KLIK ini
untuk lihat di youtube. :)

Monday, September 17, 2007

Mari belajar magic 1


Tak nampak, KLIK INI

Anda juga boleh lakukannya. Yang penting, disiplin dan latihan. Mahu tahu rahsianya? Email pada saya cartoonrama@yahoo.com subject: Hantu Silap Mata kacak!

Jangan risau, saya akan simpan email anda.

Hantu Silap Mata

Wednesday, September 12, 2007

Hantu Silap Mata episod 1 akan datang!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hantu Silap Mata episod 1: Dah nak dekat dah...
Tidak lama lagi Hantu Silap Mata episod satu akan disebarkan secara percuma diinternet. Ceria-ceria selalu. Pada semua umat Islam, selamat menjalani ibadah puasa.

.

Saturday, September 08, 2007

Perkauman yang menakutkan

Aku dah delate video negarakuku Hantu Silap Mata vs Namewee yang menerima hits hampir 60000 dalam tempoh 2 minggu siarannya di youtube. Jumlah angka yang mengembirakan tetapi menyedihkan jika dilihat dari maklumbalas komentar youtube.

Perkauman! Racist! Apa yang tidak kena? Maki hamun seperti kena rasuk. Hilang arah tanpa memikirkan mereka sudah menjatuhkan maruah bangsa Malaysia. Hilang hormat pada orang begini. Menghina kaum lain tanpa memikirkan buruk sendiri. Bikin orang gelak sahaja lihat telatah kanak-kanak Malaysia hari ini.

Generasi Malaysia hari ini makin racist....

"Kanak-kanak hari ini tak cool la"

Tuesday, September 04, 2007

Hantu Silap Mata - Superman



Saya adalah Fake Magician.
Kalau tak nampak, KLIK INI

Saturday, August 25, 2007

David Copperfield datang MALAYSIA

DAVID COPPERFIELD datang MALAYSIA!

KUALA LUMPUR: DAVID COPPERFILED akan datang ke Malaysia dengan magic terbarunya pada 30 dan 31 Oktober nanti. Lelaki 51 tahun ini sudah aktif dalam dunia magic sejak berusia 12 tahun dan menjadikan dirinya ahli paling muda dalam kesatuan magic ketika itu.

"Hey, dia datang Malaysia? Dia perlukan pekerja sambilan tak?" kata Hantu Silap Mata yang berniat mahu mengetahui rahsia disiplin DAVID COPPERFIELD.

Persembahan akan berlansung di Stadium Negara dengan 2 slot setiap hari pada jam 5pm and 8.30pm. Maklumat lanjut, hubungi 03-7954 8414

HANTU SILAP MATA

Friday, August 10, 2007

I Love MadV



Hantu meminati MadV pada penghujung kariernya sebagai magician. MadV adalah magician misteri yang pernah menggegarkan dunia internet. Misteri dia pernah diutarakan di televisyen US. Kehilangan MadV menjadi tanda tanya, siapakah dia?

Hantu terpanggil membuat video yang menggunakan tajuk I Love MadV bagi 'memikat' Madv dan ia berjaya sekaligus membuktikan MadV masih hidup. Oh, untuk video ini, pertama kalinya Hantu dapat rate tertinngi dalam youtube, iaitu sebanyak 5 bintang! Tahniah!
KLIK INI untuk versi youtube

Wednesday, August 01, 2007

Ezad muncul di NTV7 september ini!

Sebelum ni ada disebut pasal Criss Angle, hari ini kita sebut pasal magician tempatan pula, Ezad. Dia dikenali sebagai Criss Angle Malaysia ketika Asia Magic Festival 2007 yang lalu oleh Henzi. Dia bukan asing di dunia magic tempatan. Student dari Sabah ini sudah biasa buat persembahan jalanan termasuklah di karnival Jom Heboh. Mamat ni mempunyai pesona yang menarik sebagai magician street magic.

mulai 6 september, jam 8.30 malam di NTV7, Ezad akan muncul setiap minggu dalam rancangan streer magicnya sendiri. Satu pesaing hebat buat Shahril Fuyoo Magic. Tahniah!

Mahu cek skill Ezad? klik ini

Sunday, July 29, 2007

Hantu Silap Mata mohon maaf

Kepada encik Zaiful, wakil alaf21FC, Hantu Silap Mata memohon maaf kerana tidak dapat mebghadiri majlis baca naskhah Ramlee Awang Murshid. Persediaan memang sudah dibuat pada hari sebelum, tetapi Hantu Silap Mata terpaksa pergi ke Negeri Sembilan kerana ada panggilan kecemasan. Terima kasih kerana mempelawa Hantu Silap Mata memeriahkan majlis itu. Minta maaf juga kepada Ramlee Awang Murshid dan hadirin lain.

-Hantu Silap Mata.

.

Monday, July 23, 2007

Hantu Silap Mata makan duit



Cubaan Silap Mata ala-ala David Blaine dan Cyril Takayama. Sesiapa yang pernah melihat teknik coin bite, pasti dapat melihat perbezaan besar antara Hantu Silap Mata dengan dua nama besar itu.

"Sopan... tetapi lebih thrill daripada cara mereka." Hantu Silap Mata tergelak kerana berjaya lari dari cara David Blaine dan Cyril Takayama.

Tak nampak? KLIK INI


HANTU SILAP MATA

Sunday, July 22, 2007

Hahaha

Bila aku tengok aku pakai topeng. Nampak macam badutlah pulak!
Hahahaha....
- Hantu Silap Mata


Friday, July 20, 2007

David Copperfield vs Perompak

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Aku ketua perisikan Amerika bahagian paranormal... ada hati mahu rompak aku? Silap besar la kawan...."

Berita ini boleh dianggap basi tetapi aku suka berkongsi di sini.

Walaupun David Copperfield sudah ditenggelami dengan nama Criss Angle dan David Blaine yang popular dengan street magic. David Copperfield yang dilabel ahli silap mata pentas ini juga mahu butikan, dia juga boleh buat street magic yang lebih hebat daripada Criss Angle dan David Blaine.

Palm Beach Shores. 26 April 2006. David Copperfield didatangi 2 perompak bersenjata pistol. Ini bukan salah satu gimik. Tetapi rompakan betul. Ketika itu, David yang bersama 2 pembantunya tidak dapat berbuat apa-apa. Dalam keadaan kepala David Copperfield diacukan pistol, dia diminta menyerahkan semua wang tetapi, David Copperfield berjaya menyembunyikan dompetnya dari pandangan 2 perompak itu .

Semasa kejadian rompakan itu, David Copperfield menggunakan teknik ' reverse pickpocketing'. David Copperfield mengambil dompet dan handphone milik salah seorang perompak di itu tanpa disedari mereka sendiri. Berpandukan lesen memandu perompak itu, David Copperfield membuat aduan kepada polis.

Bagaimana David Copperfield masih mampu menggunakan skil silap matanya walaupun dalam rompakan senjata api yang sebenar?
"Saya sudah biasa berada dalam keadaan tertekan. Tekanan membuat persembahan di pentas lebih hebat daripada situasi di kaki lima."David Copperfield ketawa di hadapan wartawan.

2 remaja itu akhirnya ditahan polis kerana perbuatan mereka. Sebelum ditangkap, 2 remaja itu berjaya mengambil dompet pembantu David Copperfield berserta passport David Copperfield sendiri.


HANTU SILAP MATA

Criss Angle can make his wife dissappear!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
llusionist paling kontroversi, Criss Angle bersama isterinya, Joanne Sarantakos sewaktu mereka masih bahagia.

Belum reda kes Criss Angle dengan Cameron Diaz, kini dia digosipkan pula dengan Paris Hilton. Kes percintaan Criss Angle menjadi heboh. Kini, Criss Angle boleh dianggap Illusionist paling banyak kontroversi.

"I can make my wife dissappaer!" - Criss Angle

Itulah seloroh pihak media berkenaan gosip liar ini. Joanne Sarantakos, isteri Criss Angle yang sudah memfailkan tuntut cerai sejak kes janji temu suaminya dengan Cameron Diaz, kini dia dilaporkan makin menyampah dengan suaminya itu sejak dihangatkan pula dengan selebriti Paris Hilton.

"Aku bengang betul dengan pihak media. Pasal mereka rumah tangga aku retak. Mahu tahu? Pihak media ada magic yang hebat! Mereka boleh mengadakan cerita yang tidak pernah ada!" kata Criss Angle pada satu rancangan TV.

-HANTU SILAP MATA

Friday, July 13, 2007

Magic Spongebob



Cubaan pertama Hantu Silap Mata membawa Spongebob dalam persembahannya. Spongebob dikurung dalam monitor PC Hantu Silap Mata. Kalau tidak nampak, KLIK INI

.

Xiao Run, Magician terbaik Asia?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Xiao Run

Pada pertengahan 2007 lalu... wanita ayu ini mempamerkan skill card appear yang menakjubkan.

"Dia boleh muatkan 6 packs, aku boleh buat setengah pack aje. Giler ah... memang patutlah dia menang." Itu komen salah seorang rakan magic Hantu.

"Dia boleh tukar baju hanya dalam 3 saat sahaja. Rugi tak bukak mata besar-besar tadi," kata Hantu pula.

Ya, itu adalah kelebihan wanita ini sekaligus menjadi pemenang pertandingan magician seluruh Asia 2007. Tambahan lagi, wanita ini punya jalan cerita yang menarik dalam persembahannya. Hantu suka tengok wanita ini senyum. Penuh keyakinan.

"Dia punya skill misdirection adalah senyuman dia... ceh!"

Tuesday, July 10, 2007

Magic tajaan



Magic boring dari Hantu Silap Mata. Rakaman di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Dirakam ketika semua pengunjung sudah pulang ke rumah. Penaja rakaman ini adalah PTS. tak nampak, KLIK INI

Monday, July 09, 2007

Hantu Silap Mata di Rumah Pena

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada malam ke-7, hari ke-7, bulan ke-7, di Rumah Pena, Hantu Silap Mata beraksi di hadapan sekumpulan manusia yang rata-ratanya penulis dan penyair tempatan. Satu pengalaman yang baru.

"Mulanya aku gementar juga, tetapi, bila naik pentas aje, aku terus minta perempuan cantik temankan aku dan gementar aku terus hilang. Magic betullah!"

Terima kasih Sindiket sol-jah kerana sudi mempelawa aku.


.

Saturday, June 30, 2007

Ahli silap mata = justice league?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Apabila Hantu Silap Mata lihat poster Festival Magic of Asia 2007 yang pertama kali dibuat di Malaysia. Hantu perasan, poster ini membayangkan setiap magician ada unik tersendiri. Macam superhero... apabila mereka berkumpul... tidak olah seperti Sekumpukan superhero dalam cerita kartun Justice League. kehkehkeh....

Wednesday, June 27, 2007

Hantu Silap Mata di Shah Alam

Pada bulan Jun lalu, Hantu Silap Mata muncul dikhalayak umum dengan penampilan baru. Tidak seperti di dalam internet, Hantu Silap Mata lebih banyak berceloteh daripada membuat silap mata.

"Saya terharu dengan sambutan orang Shah Alam yang sporting habis. Saya tidak sangka diberi peluang kedua untuk membuat persembahan pada hari yang sama. Terima kasih Shah Alam."

Persembahan kedua, Hantu Silap Mata bergabung dengan Ismail Arshad, ahli silap mata muda yang selalu buat persembahan di sekitar Lembah Kelang. Memang seronok dan puas. Satu pengembaraan yang menarik! Nantikan kemunculan Hantu Silap Mata di tempat anda.

Saturday, May 26, 2007

HAntu silap mata year 1

Kompilasi (+ never seen before klip)

Saturday, January 27, 2007

sekotak kad hilang depan mata



kalau tak nampak, klik ini
 

blogger templates | Make Money Online