Sunday, July 29, 2007

Hantu Silap Mata mohon maaf

Kepada encik Zaiful, wakil alaf21FC, Hantu Silap Mata memohon maaf kerana tidak dapat mebghadiri majlis baca naskhah Ramlee Awang Murshid. Persediaan memang sudah dibuat pada hari sebelum, tetapi Hantu Silap Mata terpaksa pergi ke Negeri Sembilan kerana ada panggilan kecemasan. Terima kasih kerana mempelawa Hantu Silap Mata memeriahkan majlis itu. Minta maaf juga kepada Ramlee Awang Murshid dan hadirin lain.

-Hantu Silap Mata.

.

Monday, July 23, 2007

Hantu Silap Mata makan duit



Cubaan Silap Mata ala-ala David Blaine dan Cyril Takayama. Sesiapa yang pernah melihat teknik coin bite, pasti dapat melihat perbezaan besar antara Hantu Silap Mata dengan dua nama besar itu.

"Sopan... tetapi lebih thrill daripada cara mereka." Hantu Silap Mata tergelak kerana berjaya lari dari cara David Blaine dan Cyril Takayama.

Tak nampak? KLIK INI


HANTU SILAP MATA

Sunday, July 22, 2007

Hahaha

Bila aku tengok aku pakai topeng. Nampak macam badutlah pulak!
Hahahaha....
- Hantu Silap Mata


Friday, July 20, 2007

David Copperfield vs Perompak

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Aku ketua perisikan Amerika bahagian paranormal... ada hati mahu rompak aku? Silap besar la kawan...."

Berita ini boleh dianggap basi tetapi aku suka berkongsi di sini.

Walaupun David Copperfield sudah ditenggelami dengan nama Criss Angle dan David Blaine yang popular dengan street magic. David Copperfield yang dilabel ahli silap mata pentas ini juga mahu butikan, dia juga boleh buat street magic yang lebih hebat daripada Criss Angle dan David Blaine.

Palm Beach Shores. 26 April 2006. David Copperfield didatangi 2 perompak bersenjata pistol. Ini bukan salah satu gimik. Tetapi rompakan betul. Ketika itu, David yang bersama 2 pembantunya tidak dapat berbuat apa-apa. Dalam keadaan kepala David Copperfield diacukan pistol, dia diminta menyerahkan semua wang tetapi, David Copperfield berjaya menyembunyikan dompetnya dari pandangan 2 perompak itu .

Semasa kejadian rompakan itu, David Copperfield menggunakan teknik ' reverse pickpocketing'. David Copperfield mengambil dompet dan handphone milik salah seorang perompak di itu tanpa disedari mereka sendiri. Berpandukan lesen memandu perompak itu, David Copperfield membuat aduan kepada polis.

Bagaimana David Copperfield masih mampu menggunakan skil silap matanya walaupun dalam rompakan senjata api yang sebenar?
"Saya sudah biasa berada dalam keadaan tertekan. Tekanan membuat persembahan di pentas lebih hebat daripada situasi di kaki lima."David Copperfield ketawa di hadapan wartawan.

2 remaja itu akhirnya ditahan polis kerana perbuatan mereka. Sebelum ditangkap, 2 remaja itu berjaya mengambil dompet pembantu David Copperfield berserta passport David Copperfield sendiri.


HANTU SILAP MATA

Criss Angle can make his wife dissappear!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
llusionist paling kontroversi, Criss Angle bersama isterinya, Joanne Sarantakos sewaktu mereka masih bahagia.

Belum reda kes Criss Angle dengan Cameron Diaz, kini dia digosipkan pula dengan Paris Hilton. Kes percintaan Criss Angle menjadi heboh. Kini, Criss Angle boleh dianggap Illusionist paling banyak kontroversi.

"I can make my wife dissappaer!" - Criss Angle

Itulah seloroh pihak media berkenaan gosip liar ini. Joanne Sarantakos, isteri Criss Angle yang sudah memfailkan tuntut cerai sejak kes janji temu suaminya dengan Cameron Diaz, kini dia dilaporkan makin menyampah dengan suaminya itu sejak dihangatkan pula dengan selebriti Paris Hilton.

"Aku bengang betul dengan pihak media. Pasal mereka rumah tangga aku retak. Mahu tahu? Pihak media ada magic yang hebat! Mereka boleh mengadakan cerita yang tidak pernah ada!" kata Criss Angle pada satu rancangan TV.

-HANTU SILAP MATA

Friday, July 13, 2007

Magic Spongebob



Cubaan pertama Hantu Silap Mata membawa Spongebob dalam persembahannya. Spongebob dikurung dalam monitor PC Hantu Silap Mata. Kalau tidak nampak, KLIK INI

.

Xiao Run, Magician terbaik Asia?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Xiao Run

Pada pertengahan 2007 lalu... wanita ayu ini mempamerkan skill card appear yang menakjubkan.

"Dia boleh muatkan 6 packs, aku boleh buat setengah pack aje. Giler ah... memang patutlah dia menang." Itu komen salah seorang rakan magic Hantu.

"Dia boleh tukar baju hanya dalam 3 saat sahaja. Rugi tak bukak mata besar-besar tadi," kata Hantu pula.

Ya, itu adalah kelebihan wanita ini sekaligus menjadi pemenang pertandingan magician seluruh Asia 2007. Tambahan lagi, wanita ini punya jalan cerita yang menarik dalam persembahannya. Hantu suka tengok wanita ini senyum. Penuh keyakinan.

"Dia punya skill misdirection adalah senyuman dia... ceh!"

Tuesday, July 10, 2007

Magic tajaan



Magic boring dari Hantu Silap Mata. Rakaman di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Dirakam ketika semua pengunjung sudah pulang ke rumah. Penaja rakaman ini adalah PTS. tak nampak, KLIK INI

Monday, July 09, 2007

Hantu Silap Mata di Rumah Pena

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada malam ke-7, hari ke-7, bulan ke-7, di Rumah Pena, Hantu Silap Mata beraksi di hadapan sekumpulan manusia yang rata-ratanya penulis dan penyair tempatan. Satu pengalaman yang baru.

"Mulanya aku gementar juga, tetapi, bila naik pentas aje, aku terus minta perempuan cantik temankan aku dan gementar aku terus hilang. Magic betullah!"

Terima kasih Sindiket sol-jah kerana sudi mempelawa aku.


.
 

blogger templates | Make Money Online