Tuesday, May 27, 2008

Festival Magic Sedunia

Photobucket

Kejayaan Festival Magic Sedunia tahun lalu mendesak pihak penganjur mengadakannya sekali lagi di Subang Parade, Malaysia. Pelbagai aktiviti hebat dirancang. Antara tarikan yang mampu membuat anda termimpi-mimpi mengenainya:
  • Perjumpaan magician seluruh asia ( kali ini lebih ramai daripada tahun lalu)
  • Pertunjukan magician hebat dari seluruh asia dan negara jemputan ( ya, sudah pasti ada selebriti yang mengejutkan, mungkin David Blaine, Cyril Takayama dan david Copperfield buat kejutan )
  • Pertandingan magician berebut gelaran The Best Asian Magician ( tanpa perlu melobi pesaing )
  • Banyak lagi....

Tarikh: 1 - 8 June 2008 ( 6-8 June paling best )
tempat: Subang Parade, Subang Jaya.
Jam: sepanjang hari
masuk percuma, sebut nama aku sahaja. Pandai-pandailah mereka.

Jumpa di sana!

Sunday, May 25, 2008

Hantu Silap Mata dapat ulasan Indiana Book

Terima kasih kepada Indiana Book!

Tuesday, May 06, 2008

Silap Mata dan sains

Silap Mata dan sains
oleh: Alif Firdaus Azis (Hantu Silap Mata)
artikel ini pernah disiarkan di Majalah Dewan Kosmik


Persembahan silap mata pertama yang direkodkan dalam sejarah adalah ketika zaman firaun, iaitu 5000 tahun lalu. Umumnya mengetahui, Firaun menganggap dirinya tuhan dan ketika kejadian ini berlaku, Cheop adalah Firaun. Cheop yang menganggap dirinya tuhan itu menginginkan hiburan yang setaraf dengan status 'tuhannya' Suatu hari, Cheop didatangi seorang lelaki yang penuh keyakinan. “Saya mampu mematikan dan menghidupkan hidupan ini.” Lelaki itu menunjuk seekor burung putih ke arah Firaun dengan tertib.
Tanpa banyak soal, lelaki itu terus mencabut kepala burung putih itu dengan mudah. Semua yang menyaksikan kejadian itu terperanjat. Selepas lelaki itu membiarkan kepala burung itu tercabut buat beberapa ketika, lelaki itu menyambung semula kepala burung itu. Burung itu hidup kembali. Ahli sihir firaun juga terkejut kerana tahu, persembahan itu bukan menggunakan kuasa sihir. Itulah silap mata yang misteri tetapi logik. Lelaki pertama yang direkodkan membuat silap mata itu adalah, Dedi.Dia adalah penghibur untuk golongan atasan ketika zaman itu.
Asasnya, seni tertua ini dicipta bagi menghiburkan orang. Kewujudan silap mata mendahului persembahan teater. Berbalik pada misteri burung tadi. Mencabut kepala burung hidup kemudian mencantumkannya kembali. Apa logiknya? Silap mata tertua ini akan dibongkarkan.

Gambar di sebelah adalah gambaran silap mata yang diceritakan tadi. Perhatikan jari telunjuk dan jari hantu yang memegang badan burung itu. Sebenarnya, jari-jari itu sedang menekan kepala asal burung itu bagi menyembunyikan kepalanya. Memang hukum alam, kepala burung memerpati dapat disembunyikan dengan cara begitu. Kepala burung yang dilihat itu pula adalah prop ahli silap mata dan ia adalah kepala palsu.
Penerangan yang mudah, tetapi ia memerlukan kemahiran yang tangkas dan bakat lakonan bagi menjayakan aksi ini.

Tidak dapat elak, silap mata seringkali dikaitkan dengan sihir. Antara aksi silap mata yang nampak seperti sihir adalah, membakar sesuatu dengan hanya menyebut perkataan tertentu.

Aksinya, seorang ahli silap mata mengoyak-ngoyak sehelai surat khabar, kemudian meletaknya di atas tanah. Tanpa menyentuh cebisan surat khabar itu, lelaki itu kelihatan membaca jampi sambil mengenggam tangan, kononnya kuasanya akan keluar dengan cara itu. Beberapa saat kemudian, cebisan akhbar yang dikoyaknya tadi terbakar dengan sendirinya. Sihir? Ia masih ada penerangan sains.

Minyak glyserin (ubat mulut) dan pottasium permanganant (Ubat cuci gatal) adalah rahsia persembahan ini. Secara saintifiknya, apabila kedua bahan ini bergeser, api akan terhasil dengan sendirinya.

Rajah di bawah adalah sebungkus kertas kecil yang disembunyikan ahli silap mata. Di dalam kertas bungkusan yang sudah diletakkan pottasium itu, terdapat lagi bungkusan plastik kecil yang sudah diletakkan beberapa titisan minyak glyserin. Ahli silap mata itu perlu mengenggam bungkusan ini bagi memecahkan plastik kecil glyserin. Ini mahu menyatukan minyak glyserin dan pottasium bagi menghasilkan api. Benda ini akan dicampak secara pantas ke arah surat khabar itu bagi menampakkan surat khabar itu terbakar dengan sendirinya.

Ini sains, bukan sihir. Dedi muncul ketika amalan sihir berleluasa. Dedi yang bijak pandai sudah mencipta alternatif lain bagi menampakkan dia seolah-olah memiliki kuasa sihir juga. Itulah sains. Setiap masa, seni silap mata terus berkembang seiring dengan penemuan sains baru.

penulis ada menulis buku, berjudul Hantu Silap Mata terbitan PTS ONE. Bakal menemui pembaca bulan Januari.

Monday, May 05, 2008

David Malaysia pun ada cerita sama

Imbau kisah David Copperfield yang lalu,

Basri yang selalu merayap di Puduraya ada cerita yang hampir sama. Kali ini melibatkan David, ahli silap mata berbangsa Cina Malaysia di Puduraya. Siapa selalu pergi sana, kenallah mamat ini. David juga pernah didatangi perompak. Menariknya, ketika itu David dipinta memberi semua wang dan David 'menyerahkannya'.

Rupa-rupanya pencuri itu tidak sedar sebenarnya David sudah membuat sleight of hand dan sebenarnya pencuri itu tidak dapat apa-apa pun. Hahaha... Aku kagum dengan beliau kerana masih tenang dan kelihatan semula jadi ketika keadaan getir itu.

Malaysia Boleh!
 

blogger templates | Make Money Online