Saturday, September 08, 2007

Perkauman yang menakutkan

Aku dah delate video negarakuku Hantu Silap Mata vs Namewee yang menerima hits hampir 60000 dalam tempoh 2 minggu siarannya di youtube. Jumlah angka yang mengembirakan tetapi menyedihkan jika dilihat dari maklumbalas komentar youtube.

Perkauman! Racist! Apa yang tidak kena? Maki hamun seperti kena rasuk. Hilang arah tanpa memikirkan mereka sudah menjatuhkan maruah bangsa Malaysia. Hilang hormat pada orang begini. Menghina kaum lain tanpa memikirkan buruk sendiri. Bikin orang gelak sahaja lihat telatah kanak-kanak Malaysia hari ini.

Generasi Malaysia hari ini makin racist....

"Kanak-kanak hari ini tak cool la"

1 comment:

Anonymous said...

Aku sempat tengok video kau tu, dan sempat baca beberapa komen. Memang perkauman dah jadi isu yang sangat sensitif sekarang, tetapi disembunyikan, dan didiamkan, demi mengelakkan kekacauan yang tak sepatutnya berlaku.

Aku juga baru lepas tengok video berdurasi 9 minit 46 saat, yang 100 kali lebih 'menggegar' daripada video namewee. Mungkin video itu akan popular beberapa hari lagi, mungkin. Kita lihat nanti.

 

blogger templates | Make Money Online