Wednesday, November 05, 2008

Inilah ilham Hantu Silap Mata

Filem Hantu Silap Mata diambil dari ilham novel ini. Namun, novel ini bukanlah cerita fasal superhero. Novel ini cerita ahli silap mata yang pada akhirnya mengharap apa yang dilihatnya bukan silap mata. Most magicians sudah membacanya. Aku paksa korang beli.

Monday, November 03, 2008

Sambutan Filem Hantu SIlap Mata

Salam sejahtera!

Apa yang aku bimbangkan selama sebulan ini sudah terlepas malam tadi. Aku bimbang orang tak faham filem pendek aku, Hantu Silap Mata. Ia filem pertama aku, jadi keadaan bimbang itu lebih meluap-luap berbanding pengarah filem otai lain yang ada malam tadi.

Photobucket
Macam ceramah politik. ( Gambar Saiful Nang )

Photobucket
Giler Tamai makhluk yang datang. ( Gambar daripada Bayan, http://psittacula.wordpress.com/ )

INILAH FILEM YANG MEREKA TONTON


Aku underdog untuk festival itu. Yalah, masa promosi di surat khabar, filem aku langsung tidak dapat perhatian. Sampaikan senarai filem pun tak termasuk aku punya. Cuak juga bila fikirkan filem aku kena reject dengan Vovin. Mujur ia tidak begitu.

Ketika filem Hantu Silap Mata aku ditayangkan, hati aku sentiasa gelabah! Nak pula DVD tersekat-sekat. Risau Vovin dan Mat Jan marah aku sebab bagi DVD rosak. Sementara itu, risau pasal orang faham ataupun tidak aku sudah abaikan... ketawa mereka sudah cukup buat aku lega.

Terima kasih semua yang legakan keresahan aku. Aduh! Kenapalah aku tak rakam suara ketawa korang malam tadi. Korang gelak-gelak, korang faham tak maksud cerita aku? ..................................................................................................................................................................... Oh ya, sepanjang aku membuat promosi filem ini di youtube, aku menerima lebih 54 youtube subscribers baru dalam masa kurang sebulan. Tepuk tangan! Klap! Klap! Walaupun tak sebanyak mana, tetapi ia melangkaui apa yang aku jangkakan.

Oh ya! Watak Hantu Silap Mata ini akan muncul dalam satu lagi produksi filem pendek lain. Ia akan diterbitkan 2009 nanti. Kali ini dibikin oleh produksi lain yang lebih ramai dan kreatif. Iaitu geng www.pergh.com. Lebih banyak lagi watak seumpama itu akan muncul dalam filem yang akan datang ini nanti.

Photobucket
Fuh! Masuk dalam TV tu! ( Gambar daripada Firdaus Arif http://studioinspirasi.madani-media.com/ )

Photobucket
Mamat Khalid bersama peminatnya.
( Gambar daripada Firdaus Arif http://studioinspirasi.madani-media.com/ )

Terima kasey! Aku akan upload dalam youtube dalam bulan November ini.

p/s: Esoknya aku jumpa Harith Iskander! Wah! Aku akui, dia stand-up comedian paling hebat pernah aku jumpa. Dia tak sama seperti dalam Tv. Nanti aku cerita pasal dia. Now, Harith Iskander is my idol! Oh ya! Jangan lupa dapatkan majalah DEWAN KOSMIK edisi NOVEMBER 2008 ini. Cerpen aku tersiar 3 muka surat di situ. 'Hint' untuk next novel aku.

Saturday, October 25, 2008

Trailer2 Hantu Silap Mata

Ini adalah trailer Hantu Silap Mata yang lagi satu. Cerita ini sudah siap dan memakan masa 9.47minit. Rasa berdebar nak tayangan depan orang ramai. Maklumlah, first movie. Walau begitu, aku enjoy buat benda ini. Banyak benda aku belajar.

Saturday, October 18, 2008

Superman make fun with Spongebob again

Spongebob dan superman adalah antara kartun faveret aku. Jadi, aku abadikan watak-watak ini dalam filem pendek pertama aku.

Oh ya! Filem pendek aku berada ditahap paling amatur. Komfirm tak layak masuk mana-mana pertandingan.

self filter.

Sunday, October 12, 2008

POSTER Hantu Silap Mata the movie

Insya-Allah, pasti datang 1 NOVEMBER ini!

Photobucket

Sekiranya tidak ditapis, filem ini akan ditayangkan di MASKARA SHORTIES, 1 November ini. Ini adalah filem pertama daripada saya. Saya cuba bawa kelainan bagi kebanyakan filem pendek yang pernah saya tonton. Arahan filem ini diilhamkan daripada filem-filem tamil Rajnikanth, Afdlin Shauki, Mamat Khalid dan SMP Films. Kepada sesiapa yang terlepas trailer filem ini, boleh lihat di sini.


Lokasi pengambaran

Saturday, September 27, 2008

Official Trailer: Hantu Silap Mata

.

Ini adalah triller pertama Hantu Silap Mata the Movie! :P


Sunday, August 24, 2008

HANTU SILAP MATA the MOVIE

Photobucket

HANTU SILAP MATA akan muncul dengan movie pendek yang melibatkan beberapa magician seluruh negara. Siap hujung tahun 2008 ini.

Selain, itu HANTU SILAP MATA juga sedang merancang masuk produksi Pergh Filem. Pergh filem sedang merancang membuat filem science fiksyen yang melibatkan tenaga kerja profesional perfileman tempatan. KAmi akan update perkembangan semasa di sini.

Sunday, August 17, 2008

Hantu Silap Mata di PKNS Shah Alam



Hantu Silap Mata sempat membuat persembahan di Shah Alam walaupun sekarang sedang sibuk membuat suatu projek rahsia. Projek itu kemungkinan terbit bulan November tahun ini.Sementara itu, kepada sesiapa yang mahu dapatkan VCD Hantu Silap Mata, pergilah ke web http://alifstyle.googlepages.com/jangantidakbeli

KLIK LAGI SATU WEBSITE HANTU SILAP MATA DI SINI

Monday, June 09, 2008

WEB AKU YANG LAIN

Alter Ego

Alter-Ego = orang yang ada dua sifat bertentangan

Clark Kent = Superman
Bruce Wyane = Batman
Tan Sri Alif = Orang Kuat
Tony Stark = Iron Man
Peter Paker = Spiderman
Akuto = Ultraman Ace
Borhan = Keluang Man
Dyna = Wonder Woman
Jhonny Blaze = Ghost Rider
Bruce Banner = Hulk
Mark Callaway = The Undertaker
Bart Allen = The Flash
Hal Jordan = Green Lantern
Tomy = Power Rangers putih
Oliver Queen = Green Arrow
Logan = Wolverine
Kara = Supergirl
Abdullah Ahmad Badawi = Sleepman
Rasyid = Hantu Silap Mata




.

Tuesday, May 27, 2008

Festival Magic Sedunia

Photobucket

Kejayaan Festival Magic Sedunia tahun lalu mendesak pihak penganjur mengadakannya sekali lagi di Subang Parade, Malaysia. Pelbagai aktiviti hebat dirancang. Antara tarikan yang mampu membuat anda termimpi-mimpi mengenainya:
  • Perjumpaan magician seluruh asia ( kali ini lebih ramai daripada tahun lalu)
  • Pertunjukan magician hebat dari seluruh asia dan negara jemputan ( ya, sudah pasti ada selebriti yang mengejutkan, mungkin David Blaine, Cyril Takayama dan david Copperfield buat kejutan )
  • Pertandingan magician berebut gelaran The Best Asian Magician ( tanpa perlu melobi pesaing )
  • Banyak lagi....

Tarikh: 1 - 8 June 2008 ( 6-8 June paling best )
tempat: Subang Parade, Subang Jaya.
Jam: sepanjang hari
masuk percuma, sebut nama aku sahaja. Pandai-pandailah mereka.

Jumpa di sana!

Sunday, May 25, 2008

Hantu Silap Mata dapat ulasan Indiana Book

Terima kasih kepada Indiana Book!

Tuesday, May 06, 2008

Silap Mata dan sains

Silap Mata dan sains
oleh: Alif Firdaus Azis (Hantu Silap Mata)
artikel ini pernah disiarkan di Majalah Dewan Kosmik


Persembahan silap mata pertama yang direkodkan dalam sejarah adalah ketika zaman firaun, iaitu 5000 tahun lalu. Umumnya mengetahui, Firaun menganggap dirinya tuhan dan ketika kejadian ini berlaku, Cheop adalah Firaun. Cheop yang menganggap dirinya tuhan itu menginginkan hiburan yang setaraf dengan status 'tuhannya' Suatu hari, Cheop didatangi seorang lelaki yang penuh keyakinan. “Saya mampu mematikan dan menghidupkan hidupan ini.” Lelaki itu menunjuk seekor burung putih ke arah Firaun dengan tertib.
Tanpa banyak soal, lelaki itu terus mencabut kepala burung putih itu dengan mudah. Semua yang menyaksikan kejadian itu terperanjat. Selepas lelaki itu membiarkan kepala burung itu tercabut buat beberapa ketika, lelaki itu menyambung semula kepala burung itu. Burung itu hidup kembali. Ahli sihir firaun juga terkejut kerana tahu, persembahan itu bukan menggunakan kuasa sihir. Itulah silap mata yang misteri tetapi logik. Lelaki pertama yang direkodkan membuat silap mata itu adalah, Dedi.Dia adalah penghibur untuk golongan atasan ketika zaman itu.
Asasnya, seni tertua ini dicipta bagi menghiburkan orang. Kewujudan silap mata mendahului persembahan teater. Berbalik pada misteri burung tadi. Mencabut kepala burung hidup kemudian mencantumkannya kembali. Apa logiknya? Silap mata tertua ini akan dibongkarkan.

Gambar di sebelah adalah gambaran silap mata yang diceritakan tadi. Perhatikan jari telunjuk dan jari hantu yang memegang badan burung itu. Sebenarnya, jari-jari itu sedang menekan kepala asal burung itu bagi menyembunyikan kepalanya. Memang hukum alam, kepala burung memerpati dapat disembunyikan dengan cara begitu. Kepala burung yang dilihat itu pula adalah prop ahli silap mata dan ia adalah kepala palsu.
Penerangan yang mudah, tetapi ia memerlukan kemahiran yang tangkas dan bakat lakonan bagi menjayakan aksi ini.

Tidak dapat elak, silap mata seringkali dikaitkan dengan sihir. Antara aksi silap mata yang nampak seperti sihir adalah, membakar sesuatu dengan hanya menyebut perkataan tertentu.

Aksinya, seorang ahli silap mata mengoyak-ngoyak sehelai surat khabar, kemudian meletaknya di atas tanah. Tanpa menyentuh cebisan surat khabar itu, lelaki itu kelihatan membaca jampi sambil mengenggam tangan, kononnya kuasanya akan keluar dengan cara itu. Beberapa saat kemudian, cebisan akhbar yang dikoyaknya tadi terbakar dengan sendirinya. Sihir? Ia masih ada penerangan sains.

Minyak glyserin (ubat mulut) dan pottasium permanganant (Ubat cuci gatal) adalah rahsia persembahan ini. Secara saintifiknya, apabila kedua bahan ini bergeser, api akan terhasil dengan sendirinya.

Rajah di bawah adalah sebungkus kertas kecil yang disembunyikan ahli silap mata. Di dalam kertas bungkusan yang sudah diletakkan pottasium itu, terdapat lagi bungkusan plastik kecil yang sudah diletakkan beberapa titisan minyak glyserin. Ahli silap mata itu perlu mengenggam bungkusan ini bagi memecahkan plastik kecil glyserin. Ini mahu menyatukan minyak glyserin dan pottasium bagi menghasilkan api. Benda ini akan dicampak secara pantas ke arah surat khabar itu bagi menampakkan surat khabar itu terbakar dengan sendirinya.

Ini sains, bukan sihir. Dedi muncul ketika amalan sihir berleluasa. Dedi yang bijak pandai sudah mencipta alternatif lain bagi menampakkan dia seolah-olah memiliki kuasa sihir juga. Itulah sains. Setiap masa, seni silap mata terus berkembang seiring dengan penemuan sains baru.

penulis ada menulis buku, berjudul Hantu Silap Mata terbitan PTS ONE. Bakal menemui pembaca bulan Januari.

Monday, May 05, 2008

David Malaysia pun ada cerita sama

Imbau kisah David Copperfield yang lalu,

Basri yang selalu merayap di Puduraya ada cerita yang hampir sama. Kali ini melibatkan David, ahli silap mata berbangsa Cina Malaysia di Puduraya. Siapa selalu pergi sana, kenallah mamat ini. David juga pernah didatangi perompak. Menariknya, ketika itu David dipinta memberi semua wang dan David 'menyerahkannya'.

Rupa-rupanya pencuri itu tidak sedar sebenarnya David sudah membuat sleight of hand dan sebenarnya pencuri itu tidak dapat apa-apa pun. Hahaha... Aku kagum dengan beliau kerana masih tenang dan kelihatan semula jadi ketika keadaan getir itu.

Malaysia Boleh!

Thursday, April 10, 2008

Hantu Silap Mata di RMKL



Sedutan wawancara Hantu Silap Mata di Radio RMKL, 2 APril 2008 lalu. Bersama Dj Nazira dan Alif Satar. Terima kasih PTS dan RTM. :)

Saturday, March 22, 2008

Saya Jumpa Magik Baru

SAYA JUMPA MAGIK BARU - Hantu Silap Mata
Bandar Sunway, 23 March 2008 - Pernahkah anda memasang impian melihat lukisan anda berinteraksi dengan anda? Selepas ini, impian anda itu boleh terlaksana. Menurut Hantu Silap Mata, ia boleh berlaku sekiranya anda dapat melukis dengan betul. "Semua itu adalah teknik, semua orang ada potensi melakukannya. Bergantung pada kemahiran seseorang. Setakat ini, saya hanya mampu gerakkan mata. Saya yakin, suatu hari nanti saya mampu lakukan lebih daripada itu. Mungkin masa itu saya akan lukis gambar Jessica Simson pula."

Friday, March 07, 2008

sambutan 55 pelanggan

Sebenarnya, selepas gila dengan magic, aku gila dengan video pula. Hobi-hobi ini penghibur aku. 55 pelanggan di youtube bukanlah satu jumlah yang banyak, tetapi cukup buat aku gembira. Biasalah, manusia kan suka pada nombor.



Peranan youtube pada kita
Expresi! Perhatian! Bebas! Jika dahulu friendster dan blog jadi agenda utama pelayar internet. Kini, youtube pula yang ambil alih. Ada beberapa negara sudah mengharamkan youtube kerana rakyatnya banyak menentang kerajaan di situ. Ada juga negara yang menggunakan youtube untuk menyampaikan mesej pada rakyat. Pada aku? Ia adalah bahan perantara untuk aku mendapat perhatian internet.

Selepas ini? Apa pula?
Masa zaman friendster, aku jumpa ramai kawan-kawan lama di situ. Blog pula, menemukan aku lebih ramai kawan sekepala. Kini, zaman youtube. Kawan-kawan aku makin bertambah. Kini, aku boleh eksyen pada orang kampung, kawan aku seorang pelakon filem Hollywood. Hehehehe.... Selepas youtube? Apa pula?

Friday, February 29, 2008

Manifesto saya



Mengundi adalah kewajipan rakyat Malaysia. KLIK INI

.

Saturday, February 23, 2008

Nada dering Hantu Silap Mata



Nada dering Hantu Silap Mata. Tak nampak, KLIK INI!
.

Sunday, January 20, 2008

Novel Hantu Silap Mata



Iklan rasmi novel Hantu Silap Mata.
Dapatkan di pasaran penghujung Januari di kedai buku berhampiran bahu anda!

Monday, January 14, 2008

Hantu Silap Mata ketika muda



Rakaman ini dibuat ketika Hantu Silap Mata masa muda. Masa tu magik masih belum jadi hobi utama. Magik tahap budak kecik aje. Hehehe... enjoy!

Saturday, January 05, 2008

Kehilangan Kerusi



Saksikan hingga akhir video ini.
p/s: Novel Hantu Silap Mata akan masuk dipasaran bila-bila masa sahaja lagi. Akan diberitahu kelak apabila ia sudah masuk kedai nanti. Terima kasih pada teruzebubu dan jebat serta orang lain yang mencarinya. Aku terharu. :)
 

blogger templates | Make Money Online