oleh: Alif Firdaus Azis (Hantu Silap Mata)
artikel ini pernah disiarkan di Majalah Dewan Kosmik
Persembahan silap mata pertama yang direkodkan dalam sejarah adalah ketika zaman firaun, iaitu 5000 tahun lalu. Umumnya mengetahui, Firaun menganggap dirinya tuhan dan ketika kejadian ini berlaku, Cheop adalah Firaun. Cheop yang menganggap dirinya tuhan itu menginginkan hiburan yang setaraf dengan status 'tuhannya' Suatu hari, Cheop didatangi seorang lelaki yang penuh keyakinan. “Saya mampu mematikan dan menghidupkan hidupan ini.” Lelaki itu menunjuk seekor burung putih ke arah Firaun dengan tertib.
Tanpa banyak soal, lelaki itu terus mencabut kepala burung putih itu dengan mudah. Semua yang menyaksikan kejadian itu terperanjat. Selepas lelaki itu membiarkan kepala burung itu tercabut buat beberapa ketika, lelaki itu menyambung semula kepala burung itu. Burung itu hidup kembali. Ahli sihir firaun juga terkejut kerana tahu, persembahan itu bukan menggunakan kuasa sihir. Itulah silap mata yang misteri tetapi logik. Lelaki pertama yang direkodkan membuat silap mata itu adalah, Dedi.Dia adalah penghibur untuk golongan atasan ketika zaman itu.
Asasnya, seni tertua ini dicipta bagi menghiburkan orang. Kewujudan silap mata mendahului persembahan teater. Berbalik pada misteri burung tadi. Mencabut kepala burung hidup kemudian mencantumkannya kembali. Apa logiknya? Silap mata tertua ini akan dibongkarkan.

Gambar di sebelah adalah gambaran silap mata yang diceritakan tadi. Perhatikan jari telunjuk dan jari hantu yang memegang badan burung itu. Sebenarnya, jari-jari itu sedang menekan kepala asal burung itu bagi menyembunyikan kepalanya. Memang hukum alam, kepala burung memerpati dapat disembunyikan dengan cara begitu. Kepala burung yang dilihat itu pula adalah prop ahli silap mata dan ia adalah kepala palsu.
Penerangan yang mudah, tetapi ia memerlukan kemahiran yang tangkas dan bakat lakonan bagi menjayakan aksi ini.
Tidak dapat elak, silap mata seringkali dikaitkan dengan sihir. Antara aksi silap mata yang nampak seperti sihir adalah, membakar sesuatu dengan hanya menyebut perkataan tertentu.
Aksinya, seorang ahli silap mata mengoyak-ngoyak sehelai surat khabar, kemudian meletaknya di atas tanah. Tanpa menyentuh cebisan surat khabar itu, lelaki itu kelihatan membaca jampi sambil mengenggam tangan, kononnya kuasanya akan keluar dengan cara itu. Beberapa saat kemudian, cebisan akhbar yang dikoyaknya tadi terbakar dengan sendirinya. Sihir? Ia masih ada penerangan sains.
Minyak glyserin (ubat mulut) dan pottasium permanganant (Ubat cuci gatal) adalah rahsia persembahan ini. Secara saintifiknya, apabila kedua bahan ini bergeser, api akan terhasil dengan sendirinya.
Rajah di bawah adalah sebungkus kertas kecil yang disembunyikan ahli silap

Ini sains, bukan sihir. Dedi muncul ketika amalan sihir berleluasa. Dedi yang bijak pandai sudah mencipta alternatif lain bagi menampakkan dia seolah-olah memiliki kuasa sihir juga. Itulah sains. Setiap masa, seni silap mata terus berkembang seiring dengan penemuan sains baru.
penulis ada menulis buku, berjudul Hantu Silap Mata terbitan PTS ONE. Bakal menemui pembaca bulan Januari.
8 comments:
err. tak takut kena saman ke buat reveal ala masked magician?
;)
takut kena saman. Tapi tak risau dengan yang ini kerana ini semua magik klasik. Ramai juga orang yang sudah tahu trick ni. Hehe
mane nk dpt glycerin ngan pottasium
tu erk..??
susah tak nk buat magic nie
Salam kenal. Artikel yang menarik, tahniah!
haha!!!sy suke bebenar silap mata nie...ha cam ner yek nak wat silap mata badan terapung dengan sendiri?
tah ape-ape ahh.bukannya penting sangat pun.
Oh ini rahasia criss angel belive th ye
Post a Comment