Friday, July 20, 2007

David Copperfield vs Perompak

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Aku ketua perisikan Amerika bahagian paranormal... ada hati mahu rompak aku? Silap besar la kawan...."

Berita ini boleh dianggap basi tetapi aku suka berkongsi di sini.

Walaupun David Copperfield sudah ditenggelami dengan nama Criss Angle dan David Blaine yang popular dengan street magic. David Copperfield yang dilabel ahli silap mata pentas ini juga mahu butikan, dia juga boleh buat street magic yang lebih hebat daripada Criss Angle dan David Blaine.

Palm Beach Shores. 26 April 2006. David Copperfield didatangi 2 perompak bersenjata pistol. Ini bukan salah satu gimik. Tetapi rompakan betul. Ketika itu, David yang bersama 2 pembantunya tidak dapat berbuat apa-apa. Dalam keadaan kepala David Copperfield diacukan pistol, dia diminta menyerahkan semua wang tetapi, David Copperfield berjaya menyembunyikan dompetnya dari pandangan 2 perompak itu .

Semasa kejadian rompakan itu, David Copperfield menggunakan teknik ' reverse pickpocketing'. David Copperfield mengambil dompet dan handphone milik salah seorang perompak di itu tanpa disedari mereka sendiri. Berpandukan lesen memandu perompak itu, David Copperfield membuat aduan kepada polis.

Bagaimana David Copperfield masih mampu menggunakan skil silap matanya walaupun dalam rompakan senjata api yang sebenar?
"Saya sudah biasa berada dalam keadaan tertekan. Tekanan membuat persembahan di pentas lebih hebat daripada situasi di kaki lima."David Copperfield ketawa di hadapan wartawan.

2 remaja itu akhirnya ditahan polis kerana perbuatan mereka. Sebelum ditangkap, 2 remaja itu berjaya mengambil dompet pembantu David Copperfield berserta passport David Copperfield sendiri.


HANTU SILAP MATA

No comments:

 

blogger templates | Make Money Online