Sunday, May 30, 2010

Teaser Filem 3 Hantu Silap Mata!

Izin kami kongsikan teaser filem paling bengong 2010. 3 HANTU SILAP MATA!

Pelakon luar kawalan: Alif Firdaus Azis, Mohd Ismail, Resmanshah Shakur, Shila Abd Majid, Husna Adnan dan Afdlin Shauki punya peminat.

Sunday, May 23, 2010

Silap Hidung

Biasa kita dengar Silap Mata, ini Silap Hidung pula. AMARAN. Superhero seperti saya juga menghadapi risiko ketika membuat aksi ini. Jadi, jangan tiru aksi ini melainkan saudara saudari adalah superhero.



Ini aksi yang lain.



Selepas itu, ton

Friday, March 13, 2009

Barry dan Stuart bertemu Hantu Silap Mata




Sudah lama aku tidak memainkan watak Hantu Silap Mata di youtube. Mungkin ramai sudah lupa... aku seorang Fake Magician! Ya... aku kelihatan gembira apabila mereka menganggap aku juga seorang magician. Yang peliknya, aku langsung tidak tunjuk skill magic aku pada mereka. Ya, aku buat mereka suprise tanpa perlu buat silap mata. Mahu tahu caranya? Tontonlah vlog di atas.


Berikut adalah fakta unik fasal mereka berdua.

Barry (yang tinggi itu)
- Dia sangat gemarkan roti canai dan murtabak! Gaya dia sebut murtabak ada style!
- Dia makan durian... dan akhirnya menyesal. :P
- Walaupun di atas pentas dia nakal, tetapi sebenarnya dia sangat skema dan nerd. (Suprise huh!)
- Barry kagum dengan rakyat Malaysia yang banyak taruk susu dalam minuman ( teh tarik, sirap bandung, ABC )
- Dia suka baju logo aku.

Stuart (yang rendah itu)
- Dia ada infection mata dan perlu guna ubat mata mengikut waktu berkala. Ini semua sebab trick kaca masuk dalam mata yang selalu dilakukannya ketika persembahan.
- Dia memandu di Malaysia.
- Seorang yang sangat peramah dan lebih nakal berbanding Barry. Walaupun di atas pentas... dia nampak skema dan nerd. Terbalik pulak.
- Dia langsung tidak boleh bau durian.
- Dia makan tidak banyak berbanding Barry yang lebih kuat makan.
- Kagum dengan aku yang boleh makan pedas.

Wednesday, January 14, 2009

Hantu Silap Mata muncul dalam novel baru

Salam....
Terima kasih pada semua yang masih setia mengunjungi blog ini. Tiada banyak yang mahu diceritakan pada entri kali ini. Cuma mahu berkongsi berita baik, watak Hantu Silap Mata akan disebut-sebut dalam sebuah nomik ( novel + komik ).

Nama nomik itu, ALAN ALONE. Nanti saya pos imej cover nomik itu.

Wednesday, November 05, 2008

Inilah ilham Hantu Silap Mata

Filem Hantu Silap Mata diambil dari ilham novel ini. Namun, novel ini bukanlah cerita fasal superhero. Novel ini cerita ahli silap mata yang pada akhirnya mengharap apa yang dilihatnya bukan silap mata. Most magicians sudah membacanya. Aku paksa korang beli.

Monday, November 03, 2008

Sambutan Filem Hantu SIlap Mata

Salam sejahtera!

Apa yang aku bimbangkan selama sebulan ini sudah terlepas malam tadi. Aku bimbang orang tak faham filem pendek aku, Hantu Silap Mata. Ia filem pertama aku, jadi keadaan bimbang itu lebih meluap-luap berbanding pengarah filem otai lain yang ada malam tadi.

Photobucket
Macam ceramah politik. ( Gambar Saiful Nang )

Photobucket
Giler Tamai makhluk yang datang. ( Gambar daripada Bayan, http://psittacula.wordpress.com/ )

INILAH FILEM YANG MEREKA TONTON


Aku underdog untuk festival itu. Yalah, masa promosi di surat khabar, filem aku langsung tidak dapat perhatian. Sampaikan senarai filem pun tak termasuk aku punya. Cuak juga bila fikirkan filem aku kena reject dengan Vovin. Mujur ia tidak begitu.

Ketika filem Hantu Silap Mata aku ditayangkan, hati aku sentiasa gelabah! Nak pula DVD tersekat-sekat. Risau Vovin dan Mat Jan marah aku sebab bagi DVD rosak. Sementara itu, risau pasal orang faham ataupun tidak aku sudah abaikan... ketawa mereka sudah cukup buat aku lega.

Terima kasih semua yang legakan keresahan aku. Aduh! Kenapalah aku tak rakam suara ketawa korang malam tadi. Korang gelak-gelak, korang faham tak maksud cerita aku? ..................................................................................................................................................................... Oh ya, sepanjang aku membuat promosi filem ini di youtube, aku menerima lebih 54 youtube subscribers baru dalam masa kurang sebulan. Tepuk tangan! Klap! Klap! Walaupun tak sebanyak mana, tetapi ia melangkaui apa yang aku jangkakan.

Oh ya! Watak Hantu Silap Mata ini akan muncul dalam satu lagi produksi filem pendek lain. Ia akan diterbitkan 2009 nanti. Kali ini dibikin oleh produksi lain yang lebih ramai dan kreatif. Iaitu geng www.pergh.com. Lebih banyak lagi watak seumpama itu akan muncul dalam filem yang akan datang ini nanti.

Photobucket
Fuh! Masuk dalam TV tu! ( Gambar daripada Firdaus Arif http://studioinspirasi.madani-media.com/ )

Photobucket
Mamat Khalid bersama peminatnya.
( Gambar daripada Firdaus Arif http://studioinspirasi.madani-media.com/ )

Terima kasey! Aku akan upload dalam youtube dalam bulan November ini.

p/s: Esoknya aku jumpa Harith Iskander! Wah! Aku akui, dia stand-up comedian paling hebat pernah aku jumpa. Dia tak sama seperti dalam Tv. Nanti aku cerita pasal dia. Now, Harith Iskander is my idol! Oh ya! Jangan lupa dapatkan majalah DEWAN KOSMIK edisi NOVEMBER 2008 ini. Cerpen aku tersiar 3 muka surat di situ. 'Hint' untuk next novel aku.

Saturday, October 25, 2008

Trailer2 Hantu Silap Mata

Ini adalah trailer Hantu Silap Mata yang lagi satu. Cerita ini sudah siap dan memakan masa 9.47minit. Rasa berdebar nak tayangan depan orang ramai. Maklumlah, first movie. Walau begitu, aku enjoy buat benda ini. Banyak benda aku belajar.

 

blogger templates | Make Money Online